Parti




Dalam Perhimpunan Raksaksa menentang Konfrantasi di Padang Besar Kuantan, beliau telah menjadi Ketua Perbarisan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang.Pada tahun 6,7 dan 8 Ogos 1971, beliau telah menyertai Seminar Biro Ekonomi UMNO Malaysia yang pertama sebagai antara wakil UMNO Bahagian Kuantan di Universiti Kebangsaan, membincangkan tentang “Dasar Ekonomi Baru”. Di samping menyertai beberapa lagi Seminar dan Kursus yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang.


Apabila UMNO Bahagian Maran diwujudkan pada tahun 1974, Cawangan Jaya Gading telah diserapkan ke Bahagian ini dan beliau adalah salah seorang AJK Penaja Penubuhan UMNO Bahagian Maran. Seterusnya beliau telah dipilih sebagai AJK UMNO Bahagian Maran hingga tahun 1980.Beliau juga pernah dilantik AJK Biro Ekonomi UMNO Bahagian Maran dan juga pernah mewakili UMNO Bahagian Maran ke Perhimpunan Agung UMNO. Semua ini dilalui semasa Tok Muda Sulong B. Awang Hitam, Dato’ Hishamuddin B. Haji Yahya dan Tan Sri Dato’ Haji Mohd Khalil B. Yaakob sebagai Ketua UMNO Bahagian Maran.


Berbalik kepada kisah beliau ‘membawa masuk’ YH. Dato’ Haji Abd Rashid B. Haji Abd Rahman sebagai ahli UMNO Cawangan ini. Ia bermula dalam tahun 60an ketika itu YH. Dato’ Haji Abd Rashid bertugas dengan Jabatan Pertanian (Unit Penerangan Serantau) di Kawasan Paya Besar. Oleh itu YH. Dato’ Haji Abd Rashid sering berulang alik ke Kampung Jaya Gading sewaktu bertugas. Hinggalah dalam tahun 1970 dimasukkan sebagai ahli UMNO Cawangan ini dan dilantik sebagai Setiausaha UMNO Cawangan.


Ketika itu juga Pergerakan Pemuda dan Wanita UMNO Cawangan Jaya Gading ditubuhkan dan YH. Dato’ Haji Abd Rashid telah dilantik Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan ini, manakala Pn. Wan Fatimah Bt. Wan Bakar sebagi Ketua Pergeraka Wanita Cawangan. Kemudian Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan ini telah mencalunkan YH. Dato’ Haji Abd Rashid untuk bertanding AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan dan telah memenanginya. Dalam tahun 1974, YH. Dato’ Haji Abd Rashid telah dipilih pula sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan. Pada tahun ini juga beliau telah menyerahkan jawatan Ketua UMNO Cawangan Kampung Jaya Gading kepada YH. Dato’ Haji Abd Rashid B. Haji Abd Rahman.