UMNO



Karier politik bemula apabila dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Lubok Paku pada awal tahun 1959 semasa menetap di sana sebelum Pilihanraya Negeri diadakan. Namun pada akhir tahun 1959 sebelum Pilihanraya Parlimen diadakan pula, beliau telah berpindah ke Batu 4 ½ Jalan Kuantan-Gambang. Pada awal tahun 1960 beliau telah menukarkan keahlian UMNOnya dari Cawangan Lubok Paku ke Cawangan Kampung Gudang Rasau. Namun di pertengahan tahun 1960 beliau sekali lagi menukarkan keahlian UMNOnya dari Cawangan Kampung Gudang Rasau ke Cawangan Kampung Pandan Satu. Di Kampung Pandan Satu beliau telah memegang Jawatan Setiausaha UMNO Cawangan dan AJK Pergerakan Pemuda UMNO.




Dalam tahun 1963 beliau berusaha menubuhkan UMNO Cawangan Jaya Gading dengan keahlian seramai 60 orang. Perasmian Penubuhan Cawangan telah dilakukan oleh YB En. Zainuddin B. Haji Ahmad (ADUN Ulu Kuantan ketika itu) dan beliau telah dipilih sebagai Ketua Umno Cawangan Jaya Gading. Dalam tahun 1964 beliau telah dilantik sebagai Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuantan (ketika itu Jaya Gading dalam Bahagian Kuantan). Ahli Parlimen Kuantan ketika itu ialah YB. En. Abd Rahman Talib. Seterusnya beliau sentiasa dipilih sebagai Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuantan sehingga tahun 1974. Beliau juga pernah dilantik sebgai AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan dalam tahun 1964 hingga 1965.

Jawatankuasa UMNO Cawangan Jaya Gading yang pertama terdiri daripada Pengerusi Tetap - Tuan Haji Abd Hamid Bin Haji Abd Latif (Senator). Ketua – beliau sendiri, Naib Ketua – En. Abdullah B. Awang (Pak Lah Mesin). Setiausaha – Tuan Sheikh Zakarian B. Sheikh Kechik. Bendahari – En. Tajurahim B. Nihat. Ketua Penerangan – En. Sidu B. Seman. AJK – En. Sani B. Tawasek, En. Nordin B. Ismadi, En. Mohd Nor B. Wiro, En. Jaafar B. Deraman dan En. Sidek B. Bejoh.




Satu peristiwa yang tidak dapat beliau lupakan dalam sejarah UMNO Cawangan Jaya Gading ialah semasa Pilihanraya Umum tahun 1969. Seperti biasa pada setiap kali pilihanraya diadakan, maka UMNO Cawangan Jaya Gading akan membentuk satu Jawatankuasa Jentera Pilihanraya bagi membantu calun yang bertanding atas tiket UMNO. Tetapi malangnya pada Pilihanraya Umum 1969 Cawangan ini telah difitnah oleh beberapa individu yang mempunyai kepentingan tertentu dengan tohmahan kononya beliau dan UMNO Cawangan Jaya Gading menyokong Calon PAS dan hanya berpura-pura menyokong Calon UMNO. Ekoran dari tohmahan tersebut beberapa kakitangan kerajaan telah mengaturkan Lawatan DYMM Sultan Abu Bakar ke Kampung Jaya Gading bagi menasihati penduduk di sini agar memberi sokongan kepada calon dari kerajaan.




Dalam sembah ucapan beliau kepada DYMM Sultan Abu Bakar atas nama Ketua Kampung juga Ketua UMNO Cawangan Jaya Gading, beliau telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan dan fitnah yang dibuat itu. Beliau dengan nada tegas menyembahkan bahawa UMNO Cawangan ini tidak pernah menyokong calon dari PAS sebaliknya merupakan penyokong setia calun UMNO yang bertanding waktu itu iaitu YB. En. Zainuddin B. Haji Ahmad. Setelah selesai beliau menyampaikan sembah ucapan, maka Teks Titah Ucapan yang telah disediakan telah dipersembahkan kepada DYMM Sultan Abu Bakar, tetapi telah ditolak oleh DYMM Sultan Abu Bakar dan Baginda telah bertitah tanpa menggunakan Teks Titah Ucapan yang telah disediakan.




Di dalam Titah Ucapannya DYMM Sultan Abu Bakar telah menyeru penduduk kampung ini bersabar dalam memghadapi masalah begini dan hendaklah hidup bersatu padu dengan saling bekerjasama antara satu sama lain. Diakhir Titah Ucapan, DYMM Sultan Abu Bakar telah menyatakan hasrat Baginda untuk membuat sekali lagi ke kampung ini. Sebaik DYMM Sultan Abu Bakar berangkat pulang, Pegawai Daerah Kuantan waktu itu En. Megat telah menyampaikan Titah DYMM Sultan Abu Bakar kepada beliau supaya bersabar dan jangan berbuat apa-apa lagi tentang fitnah yang telah berlaku itu.


Persidangan UMNO Cawangan Jaya Gading telah melakar beberapa sejarah dan nostalgia tersendiri kerana pernah dirasmikan oleh beberapa orang Pembesar Negeri. Bermula dengan beberapa Menteri Besar Pahang seperti Tan Sri Haji Yahya B. Haji Mohd Seh, Dato' Hai Abd Aziz B. Ahmad, Dato' Mohamad B. Jusoh, Dato' Abd Rahim B. Bakar, Dato' Haji Abd Rashid B. Haji Abd Rahman dan Dato' Mohd Najib B. Tun Haji Razak. Termasuklah Dato' Sharif B. Ahmad ketika itu sebagai Menteri Pertanian.